“Aku Bukan Ustazah” – Episod 4

Aku Bukan Ustazah

Episod 4

Karya: Muhammad Rusydi

Enam pasang mata bertemu. Enam pasang kasut bertapak di lantai kelas.

Aira memandang selamba Hayati dan kawan-kawannya.

Lis menggenggam buku limanya kemas-kemas. Bersedia segala kemungkinan.

Hayati menyeringai menampakkan gigi taringnya yang pendek.

“Kau dua orang dah kenapa? Macam tak puas hati saja?”

Lis ke depan sedikit berdepan si Hayati. Hayati lebih kurang saja tinggi dengannya. Lebih kurang 164 cm ke atas. Dia agak saja. Sedikit cuak. Namun, demi sahabat tiba-tiba dia rasa seakan ada aura merasuk jiwanya supaya menjadi benteng pertahanan kepada Aira.

“Kau tak payahlah pura-pura tak tahu.”

Lis mendengus garang.

Hayati dan geng tergelak ramai-ramai.

“Oh, meja mangkuk tu ke? Kenapa? Apa salah ke aku conteng sikit? Tu meja bapak kau ke?”

Hayati berpeluk tubuh depan dua gadis itu. Dia merasakan dirinya sangat gah. Lagi hebat dari dua gadis kampung di hadapannya itu. Ini anak Dato’ la. Kalau setakat bantai seorang dua pelajar, tak ada masalah pun. Dato’ keluarkan saja duit sumbangan untuk sekolah beribu-ribu atau berpuluh ribu, terdiam teruslah pengetua sekolah. Kes terus tutup. Sekadar diberikan peringatan dan kaunseling, itu cuma makanan harianlah. Tak tercalar sedikit pun maruahnya. Tak goyang sikit pun. Lagipun, rekod akademiknya cemerlang. Pihak sekolah pasti tidak sanggup melepaskan bintang sekolah. Tanpa bintang-bintang baru ini, nama sekolah tak harum di persada. Tak naik rating kecemerlangannya. Tak bersiullah nama sang pengetua sekolahnya.

Dua minah di depannya itu bukan lawan. Cuma sampah picisan.

“Memang bukan meja bapak aku. Tapi, meja bapak kau ke?”

Hayati tergelak lagi.

“Pasal meja pun nak panas ke? Kalau kau panas sangat, aku boleh bayar harga meja buruk tu. Sekali harga kepala bapak kau sekali!”

Hayati membentak sinis.

Lis meradang. Pantang sekali orang permainkan ayah mak. Benci sekali orang mainkan ayat penghinaan kepada orang tua.

PANG!

Sebuah tamparan singgah di muka Hayati. Tertoleh sedikit altitud kepalanya ke sebelah kanan. Tanpa ditunggu lagi, Hayati membalas kembali.

PANG!

Tamparan balas singgah di muka Lis. Gadis itu terpusing sedikit mukanya. Cedera sedikit di bibir. Mana taknya, Hayati menampar dengan sekuat-kuat dayanya. Macam tak siuman. Kebetulan jari Hayati bercincin. Walaupun salah dari segi undang-undang sekolah, gadis itu peduli apa. Kalau dia nak pakai, dia pakai. Kesannya, lawannya berjaya ditumpaskan.

Darah menitis keluar dari bibir Lis yang robek pecah sedikit. Aira segera memegang bahu Lis. Mengeluarkan tisunya dengan segera. Melekapkan di bibir Lis.

“Stop!”

“Sudah!”

Aira mulai bersuara. Dia sangat tak senang dengan suasana yang begitu hangat. Panas hati. Keadaan tegang yang hanya memburukkan keadaan.

“Ada hati nak tampar aku. Kan dah kena balik. Kah kah kah!”

Geng Hayati mengilai kuat.

“Dasar bodoh. Kalau dah bodoh tu, bodohlah juga. Sebab meja pun nak mengamuk. Gila!”

Entah apa lagi sumpah seranah Hayati keluarkan. Tak padan dengan dirinya seorang wanita. Di mana hilang kesantunan dan adat ketimuran? Di mana hilang akhlak dan lurus agama?

KRING!

Loceng pertama dibunyikan menandakan PdP sekolah bermula.

Aira memapah Lis ke tempat duduk. Kasihan pada kawannya itu. Matanya tajam memerhatikan Hayati dan rakan seperjuangannya masih lagi senyum sinis pada mereka.

“Tak guna betul mereka ni.”

Lis berbisik geram.

“Dahlah. Biarkan saja mereka tu. Kita cuma dua orang. Outnumber. Kalau lawan pun, takkan menang. Kita bagi saja mereka menang. Biarlah mereka nak gelak sakan pun. Belum pasti helai tawa hari ini, akan berbunyi di akhirat kelak. Sabar.

Kita sabar saja. Allah kan bersama orang-orang yang sabar.”

Aira cuba memujuk sahabatnya. Namun, Lis masih tak puas hati. Dilaungnya ke arah mereka.

“Kau jangan ingat sekolah ni tak ada cikgu!”

Hayati membalas kembali,

“Poyo! Nak report cikgu la pulak! Kau ingat kitorang takut? Reportlah. Aku boleh cakap aku hanya mempertahankan diri sebab kau yang mulakan! Bodoh!”

Lis cuba bangun nak serang Hayati. Namun, segera ditahan Aira.

“Sudah! Sudah!”

Lis menjegilkan matanya. Matanya sedikit merah menahan kemarahan yang memuncak. Tak pernah Aira melihat kawannya itu seberang ini. Suhu badan Lis juga dirasakan meningkat serta-merta. Kemarahan yang terpendam hampir meletus. Diam gunung berapi!

Dengan segera, Aira menarik tangan kawannya itu ke luar bilik darjah. Menuju ke bilik air. Kebetulan guru belum masuk kelas masa tu. Kalau tak, dia pasti pergaduhan besar akan berlaku antara mereka dan geng Hayati. Dia tak mahu Lis mendapat nama buruk semata-mata kerana mempertahankannya. Tak mahu juga Lis dikenakan tindakan disiplin di sekolah. Dia kenal benar Lis tak pernah langsung buat hal di sekolah. Walaupun kawannya itu seorang yang garang, tidak pernah pula dia nampak Lis memukul mana-mana pelajar. Malahan, kawannya itu peramah, mesra alam. Gila-gila sedikit saja. Imannya masih ada.

Aira mengelap luka di bibir Lis. Tolong basuh muka Lis. Agar reda sedikit kemarahannya. Agar sejuk sedikit rasa hangatnya. Nak saja dia ambilkan wuduk untuk kawannya itu kalau boleh. Api kemarahan itu cuma akan lebih berkurang bila terkena air wuduk. Sebab itulah Nabi s.a.w. mengajarkan umatnya dengan doa mengangkat hadas kecil sebelum mula berwuduk. Hadas itu bukan semata termaktub pada definisi najis semata-mata. Tetapi, segala jenis kekotoran luaran dan dalaman. Ada kotor pada kulit fizikal, air wuduk bantu menyucikan.

Kotor dalam hati seperti riak, takabbur, sum’ah, ujub, marah, benci, dendam, dengki dan sebagainya dibersihkan sama. Itu kerja Allah yang kita tak nampak. Sebab itulah namanya ‘mengangkat’ hadas. Agar Allah angkat segala jenis kekotoran, dosa dan keburukan yang ada pada zahir dan batin manusia dengan cara-Nya sendiri. Bagaimana dan banyak mana yang diangkat itu terserahlah kepada Allah. Tugas kita hanyalah berserah, berdoa dan berharap pada-Nya dengan setulus hati.

Seketika, Aira lihat sahabatnya itu menitiskan air mata.

Sebak sama.

Aira memeluk Lis.

“Sabar, Lis. Sabar…Aku tahu..aku faham. Kau tak suka orang buat macam tu..”

Lis menangis di bahu Aira.

“Maafkan aku.. Aku tak berjaya protect kau dengan kekuatan aku ni. Aku tak cukup kejam. Aku tak cukup ganas. Aku lemah…”

Aira menggosok-gosok belakang sahabatnya itu. Sayang sangat pada gadis yang seorang itu.

“Tak mengapa, Lis. Kau buat tadi tu dah lebih dari cukup. Yang selebihnya, serah saja pada Dia.”

Aira juga menitiskan air mata. Lawan kata-kata sudah tentu dia mampu, namun lawan fizikal, belum tentu. Geram juga. Sebenarnya dia lebih geram berbanding Lis. Namun, andai dia tidak menahan kegeramannya, sudah pasti tiadalah lagi secebis kesabaran yang tertinggal kini. Pasti, yang tinggal hanyalah penyesalan setelah melepaskan kegeraman.

Merasa puas melepaskan kemarahan pada orang yang menganiayai, tidak pernah sedikit pun melegakan hati. Kemaafan itu lebih baik di sisi Allah.

**

Kelas Ustazah Raihanah bermula. Seperti biasa, kelas sunyi sepi. Yang kedengaran hanyalah suara ustazah super garang.

Aira dan Lis sudah pun mengambil tempat duduk masing-masing seperti sediakala. Berpura-pura tiada apa yang berlaku. Bahkan tidak ada apa pun yang terjadi tadi.

Keempat-empat pelajar baru ketawa sendiri melihat kecederaan pada bibir Lis. Melihat matanya sedikit merah.

“Menangislah tu. Macam budak-budak. Manja.”

Rakan Hayati mengusik. Mengacah-ngacah api yang tadi sudah padam sedikit. Namun, baranya masih hidup.

Lis getap bibir yang sakit. Aira pegang lengan Lis. Isyarat biarkan saja.

Hari itu, Ustazah Godzilla mengajar bab yang ketujuh dari silibus tingkatan 5 bagi subjek Pendidikan al-Quran dan Sunnah. Mengenai nur dan hidayah.

Aira dan Lis menumpukan sepenuh perhatian. Sengaja fokus. Ustazah di depan mereka lebih menarik berbanding dengan keempat-empat minah yang menyemakkan saja pandangan mata. Biarpun ustazah tu tak lawa, tak ramping, tak cerah, tak macam muka model macam pelajar-pelajar baru, tapi air muka ustazah lebih menenangkan berbanding mereka berempat.

“Orang-orang yang berjaya peluk agama Islam, mereka dapat hidayah akidah yang sahih dari Allah. Namun, itu baru hidayah Islam. Belum lagi hidayah dalam perubahan diri. Orang Islam tidak boleh rasa happy, lega sebab dirinya dah Islam. Rasa tak perlu dah kepada hidayah Allah. Siapa kata tak perlu?

Setiap perbuatan kita biarlah mendapat hidayah dari Allah. Petunjuk dari Allah. Tuntunan dari Allah. Hati tu biar Allah yang buka untuk benarkan kemasukan iman.

Misalnya, orang tu dah Islam. Tapi, dia tak solat. Maknanya, dia belum dapat hidayah dari Allah untuk bersolat. Tiada sesiapa dalam dunia ini boleh bagi hidayah melainkan Allah. Nabi Muhammad s.a.w. bukan pemberi hidayah, tetapi penunjuk jalan sebenar menuju Allah. Baginda s.a.w. ibarat pembuat jalan. Jalannya sudah ada, namun di malam hari gelap tiada cahaya. Siapa yang mampu berikan cahaya sepanjang jalan kalau bukan Allah? Manusia hanya boleh cipta lampu jalan, namun adakah lampu itu mampu menerangi seluruh jalan sampai ke akhirnya? Tidak mampu.

Tuntas, Allah sahaja mampu menerangi jalan itu terus sampai ke akhirat, terus sampai ke Syurga!”

Seperti biasa. Ustazah Raihanah sangat bersemangat bila bercakap tentang agama.

Dah namanya ustazah. Memanglah.

“Subjek paling boring. Ceramah and ceramah.”

Aira dan Lis terdengar bisikan perlahan kata-kata Hayati yang tak jauh dari meja mereka.

Kata-kata yang menyakitkan hati.

“Kalau berani sangat, cakap kuat-kuat biar ustazah dengarlah. Apa benda cakap bisik-bisik. Penakut.”

Lis membalas dalam nada yang perlahan. Sekadar sampai ke telinga Hayati. Gadis itu menjeling tajam ke arah Lis. Penuh benci. Pandangan meluat.

“Ustazah, ni ada pelajar nak tanya soalan. Malu nak angkat tangan.”

Hayati tiba-tiba mencelah, menunjukkan jarinya ke arah Aira dan Lis.

Kedua-dua gadis itu terus berpeluh dingin. Berdebar bila berhadapan dengan Ustazah Raihanah. Salah bicara, buruk padahnya.

“Hah, nak tanya soalan apa? Saya tak buka lagi sesi soal jawab, baru saja mukaddimah. Dah nak tanya?!”

Ustazah Raihanah meninggikan suara. Aira dan Lis kecut perut. Pelajar-pelajar baru tersengih gembira. Padan muka kedua-dua orang tu.

Aira berdiri takut-takut.

“Ustazah, saya tak faham sangat tentang hidayah tu tadi. Hidayah bukankah satu saja iaitu hidayah dari Allah saja. Macam ustazah sebut tadi, bunyinya macam banyak hidayah saja? Saya agak keliru di situ. Kalau tak keberatan, sudilah ustazah terangkan.”

Aira terpaksa memberanikan diri bertanya apa saja soalan yang terlintas di fikirannya masa tu. Taram sajalah. Asalkan jadi bentuk soalan.

“Tu lah saya kata, cerita belum habis lagi, dah laju nak bertanya! Ni saya nak huraikanlah ni. Boleh tak bawa bersabar sikit?! Laju-laju nak pergi mana?!”

Ustazah Raihanah menajamkan pandangan matanya. Seluruh kelas tak berani pandang wajahnya.

“Dengar baik-baik ni. Siapa tak tumpukan pendengarannya, rugi!”

Para pelajar menumpukan seluruh pandangan pada Ustazah Raihanah. Telinga pelajar lelaki ada sebahagiannya bergerak-gerak sebab nak fokuskan pada ucapan si ustazah.

“Hidayah ni ada lima peringkat.

Peringkat pertama, namanya Hidayah al-Gharizah. Hidayah ini terbentuk secara semulajadi. Senang saja. Bayi yang baru lahir misalnya bila lapar, dia menangis. Siapa yang ajar bayi tu kena menangis bila lapar kalau bukan Allah? Itulah hidayah!

Peringkat yang kedua, Hidayah Al-Hawwas iaitu hidayah dalam bentuk pancaindera. Baik, ambil contoh yang bayi itu lagi. Macam mana seorang bayi atau budak kecil boleh cam dan kenal suara ibu-bapanya sendiri? Ha! Itulah hidayah!

Peringkat yang ketiga, Hidayah al-‘Aqlu yang melibatkan akal. Cuba fikir bagaimana akal kita dapat membezakan misalnya antara manusia dengan haiwan? Dapat membezakan pelbagai warna? Dapat membezakan bahaya dan tidak pada diri? Itu hidayah juga!

Peringkat yang keempat, Hidayah al-Din atau dalam Bahasa Melayunya, hidayah agama. Inilah hidayah yang paling penting sekali. Hidayah inilah yang membezakan seseorang itu benar atau sesat. Menentukan seseorang itu akan terus berada dalam keadaan jahil atau tidak. Orang kafir memerlukan hidayah ini untuk masuk Islam. Seseorang Islam misalnya dia mendapat hidayah untuk memeluk agama Islam, tetapi belum tentu lagi dia akan mendapat hidayah untuk melaksanakan agamanya dengan benar. Berlambak Muslim yang cuma Islam pada status, tapi tidak pada perilaku. Islam cuma pada perkataan, tidak pada perbuatan. Islam pada perbuatan, namun tidak pada hatinya. Bila seseorang itu telah pun Islam, tugasnya adalah meminta dan mencari hidayah. Tidak boleh hanya selesa dengan keislaman sendiri. Memang semua orang Islam akhirnya akan masuk Syurga setelah direndam lupus seluruh dosa dalam Neraka. Namun, kita tak nak walau terkena wap Neraka sekalipun. Yang kita nak adalah masuk Syurga terus tanpa perlu singgah dalam Neraka! Itulah baru seorang Islam yang sejati!

Peringkat yang akhir sekali adalah Hidayah al-Taufiq. Hidayah ini berkaitan dengan hidayah agama. Hidayah taufiq adalah hidayah yang paling tinggi dikurniakan oleh Allah. Dikurniakan pada orang-orang yang benar-benar mencari Allah. Benar-benar mahukan akhirat. Inilah tahap setiap orang yang beriman dan bertaqwa. Sesiapa yang memperolehi hidayah peringkat ini akan merasa tenang hatinya, merasa selamat dengan bersandar penuh pada Allah.

Hah, sekarang semua dah jelas?!”

Ustazah Raihanah bercekak pinggang. Matanya merah macam nak makan orang.

“Ada siapa-siapa nak tanya soalan?!”

Aira angkat tangan terketar-ketar.

“Ha, awak lagi? Apa soalannya?”

Aira gugup.

“Kalau ada seseorang pelajar tu lawan cakap guru, cakap kurang ajar dengan guru, orang macam ni macam mana pula?”

Ustazah Raihanah menghentakkan kakinya ke lantai. Bergegar kelas. Terkejut budak-budak dalam kelas.

“Barangsiapa yang melawan guru dan kurang ajar, jangan mimpi hendak Syurga! Hidayah akal dah bagi, hidayah agama dah bagi, otak letak dekat mana masih tak pandai beza?!

Tak pandai fikir ke, malaikat kiri kanan atas bawah kutuk spesies ni siang dan malam hinggalah dia minta maaf dengan guru tu. Apa ni, guru yang bagi ilmu ni ibarat orang yang siapkan makan untuk kita. Boleh pula kita nak marah dia balik, ‘Wei, kenapa bagi aku makan? Aku tak nak!’ Apa punya manusia macam ni!”

Ustazah Raihanah. Berang bila isunya tentang kurang ajar pada guru. Sensitif. Sebab dia dah mengajar lama. Dia dah hafal perangai pelajar. Dia pantang sekali bila ada pelajar yang nak tunjuk keras kepala. Nak pijak kepala guru.

Hayati mengerling Aira. Sedikit bengang. Terasa.

Aira tersenyum sinis.


Dah tengahari.

Pelajar-pelajar sedikit longlai. Ya lah. Semangat untuk belajar pun berkurang bila matahari terik di atas kepala. Guru-guru pun sedikit kepenatan.

Lis masuk ke kelas. Tadi, dia keluar ke bilik air sekejap.

“Aira!”

Aira sedikit terkejut.

“Hah, kenapa ni?”

Melihat riak muka Lis agak tergamam. Seperti terkejut nampak sesuatu yang menakutkan.

“Cikgu…cikgu Matematik kita!”

Aira membulatkan matanya.

“Kenapa dengan dia?!”

“Cikgu kita tu ditukarkan sekolah serta-merta!”

Aira bingkas bangun dari tempat duduknya. Terkaku seketika. Pantas menoleh ke arah geng Hayati. Kali ni, langkahnya diatur terus ke arah mereka yang sedang berborak santai, bergelak ketawa bersama-sama.

“Hayati!”

Hayati dan geng menjeling tajam pada suara tinggi Aira.

“Kau dah buat apa pada cikgu Matematik kita?!”

Aira sedikit membentak. Kesabarannya memuncak. Entah dari mana kekuatannya itu datang. Mungkin dari hati yang panas membara.

Hayati hanya tersengih. Selamba.

“Aku suruh bapak aku buat satu panggilan ke kementerian. Setel dalam masa 5 minit. Tak ada siapa boleh lawan aku. Kan aku dah kata. Jangan tunjuk pandai dengan aku.”

Aira dan Lis tergamam. Menyirap darah mereka. Hayati dan geng gelak kuat-kuat.

“Padan muka cikgu bodoh tu! Siapa suruh slow sangat!”

Aira meluru ke arah Hayati. Tangannya dilibas tepat ke muka Hayati.

PANG!

Tersembam si Hayati yang bongkak itu ke lantai.

“Hadiah untuk kau yang kurang ajar.”

Geng Hayati terus berdiri serentak. Memegang kerusi plastik. Mengangkatnya lalu mencampakkan pada Aira dan Lis.

Aira dan Lis terduduk terkena lontaran kerusi-kerusi plastik. Mengaduh kesakitan. Namun, mereka bingkas bangun. Sedia melawan kembali.

Suasana menjadi hangat seketika. Darah muda membuak-buak di dalam tubuh mereka semua. Dalam masa yang sama, seluruh kelas juga berdiri sama. Terkejut dengan insiden di dalam kelas mereka. Masing-masing membuat lingkungan besar mengerumuni geng Hayati. Aira dan Lis berada dalam circle itu.

Lis genggam penumbuk kedua-dua tangannya.

“Kalau nak lawan, marilah.”

Lis menyeringai.

Aira turut sama tersengih. Geram. Seraya mengepal buku limanya sama.

Hayati ke depan. Tiga rakannya di belakang mengikuti langkah. Masing-masing bersedia untuk bergaduh.

Hayati meninggikan suaranya.

“Rupanya kau dua orang dah tak nak bersekolah lagi, kan? Nak terima nasib yang sama macam cikgu bodoh tu?!”

Aira menajamkan matanya ke dalam mata Hayati.

“Hari ni, aku dah tak peduli. Buatlah apa yang kau nak, tapi aku takkan lepaskan kau hari ni! Kau ingat kau Tuhan?!”

Hayati dan geng panas hati. Serentak menyerbu ke arah Aira dan Lis!

 ___________________________________________________________________________________________________

Hakcipta Terpelihara Rusydee Artz ® 2014

Fiksyen “Aku Bukan Ustazah” ini adalah hak milik Muhammad Rusydi.
Tidak dibenarkan menyalinnya kembali dalam apa jua bentuk sekalipun dan ke mana-mana tempat sekalipun tanpa izin dari penulis.

Advertisements

9 thoughts on ““Aku Bukan Ustazah” – Episod 4

  1. ok…Alhamdulillah..saya dapat belajar sesuatu ttg peringkat2 hidayah…& rasa menyampah dgn orang yg sombong sbb dia ada kuasa…nak start membalas sama2 dgn Aira ni…tuppp..,rupanya dah habis baca.. sambungan still belum ada…Episod 5 patut dah naik lah kan… 600 pembaca mmg dah berlebih2 kot… >_< tak paksa ok… jgn migrain sudah..barakallahu fik ya akhi Muhammad Rusydi..Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala ali sayyidina Muhammad
    . Amin Ya Allah..Amin..

    Like

  2. Subhanallah..semoga akhi Muhammad Rusydi meneruskan karya ini..sehingga akhir hayat..semoga sentiasa dalam pemeliharaan Allah..

    Like

  3. hemoh hemoh . hahaha ..
    assalamualaikum .
    alhamdulillah semua mantapp , syok . penuh iktibar ,. teringin pulak nk sound bdk2 kat sklh mcm yg aira buat ..
    hehe , harapnya ( org melayu ,kan . harapan tinggi ) syabab still teruskan novel ni .
    klu dh tak larat sgt ,, takpe , we olls faham , ok ?
    jgn paksa diri , buat tension je nnti .

    Like

  4. aish,geram nye ngan yati mangkuk tu!
    hee..
    sy rase cm sy plak yg pgg watak Aira tu..
    hehe 🙂
    sory ek abg rusydi,terEMO plak.
    huhu.
    tp memang Best Gile lyn novel niih
    yihuuu

    Like

  5. Cerita yg menarik dan sangt deep mnusuk ke hati….keep it up….walaupun nama saya sama dengan watak ni….saya redha….nma je sama beb…heheww…jdi jngn lah benci dia…doakn dia dpt hidyah….

    Like

  6. Assalamualaikum…

    SubhanAllah.. inilah karya seni yg ptut jd santapn rohani bg mrk yg msh trcari2 identiti diri.. dakwah simple, nmun mnusuk jauh ke dsar jiwa.

    Tahniah.. truskn brdakwah..

    Like

  7. salam bro.. act i love all of your story.. karya yang paling berkesan pada saya ialah alasanmu.. saya ingin minta keizinan untuk buat video tentang cerpen tu untuk assignment subjek uni.. sila hantar kan jawapan anda pada Email nie shahril_6981@yahoo.com.. thanks…

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s