“Aku Bukan Ustazah” – Episod 3

Aku Bukan Ustazah

Episod 3

Karya: Muhammad Rusydi

“Akak, ada surat untuk akak.”

Seorang budak perempuan kecil dalam lingkungan 7 tahun, menyerahkan secebis surat misteri kepada Aira.

Aira terkebil-kebil sendiri. Dia dalam perjalanan balik ke rumahnya.

“Siapa bagi ni, dik?”

“Tak tahu. Dia suruh saya bagi dekat akak. Dia cakap jangan beritahu akak dia tu siapa.”

Budak tu terus berlari pergi dari Aira.

Aira tak sempat nak menahannya untuk bertanyakan lebih lanjut.

Lis yang berada di sebelah Aira tersenyum simpul. Sama-sama berjalan kaki pulang ke rumah.

“Wah, ada peminat misteri rupanya Cik Aira kita ni.”

Aira memuncungkan mulutnya. Seraya mengomel sendiri.

“Haish, ada lagi ya zaman-zaman utus surat ni. Ingat kan zaman pakcik-pakcik makcik-makcik tahun 90’an. Zaman kumpulan jiwang karat Spoon, Stings, Screen, dan berapa banyak ‘S’ lagi daaa..”

Lis mencuit pinggang Aira. Terenjat sekejap minah tu.

“Cepatlah buka. Nak tengok apa isi dalamnya. Confirm surat cinta ni.” Lis tergelak dalam ingin tahu.

Aira tarik tangan Lis. Berhenti di bawah pokok rendang yang ada di tepi jalan. Cuaca hari itu panas terik. Tiada tanda-tanda hendak hujan pun. Langit biru hampir tiada awan putih kelihatan. Mereka duduk berteduh sekejap. Sambil tangan Aira mulai mengopek sampul surat. Mengeluarkan sekeping surat berlipat kemas darinya.

“Huiyo, kertas pun warna merah jambu!”

Lis dan Aira sama-sama tergelak. Aira mengunjukkan surat kepada Lis.

“Kau sajalah bacakan, duhai dayangku Lis. Koh koh koh.” Aira mulai bermadah.

“Baiklah, Tuan Puteri Aira. Patik menjunjung perintah. Aum.” Lis tersengih-sengih menjawab madahan sahabat karibnya itu.

Aira berdebar-debar juga. Sikitlah. Tak banyak pun. Excited-lah juga.

Menemui cik yang saya tidak tahu apa namanya.

Pertama sekali, maafkan saya kerana utuskan surat yang agak kuno jugalah.

Eh, memanglah. Saya tak ada nombor telefon awak. Tak boleh nak whatsapp awak. Tak ada e-mail awak. Tak ada address facebook awak. Instagram apatah lagi. Jadi, biarlah cara klasik ini jadi pengantara. Tak mengapa, kan?

Setiap hari saya terserempak dengan awak sebenarnya. Tapi, dari jauh. Kalau dari dekat tu, fuh berdebar-debar. Nervous. Orang kata, biarlah tengok dari jauh pun, itu dah mencukupi kalau kita ikhlas. Tak ganggu orang tu pun. Tapi, saya dah tak boleh tahan lagi diri saya untuk mengetahui siapakah gerangan gadis cantik jelita yang berpipi kemerahan ni. Sebab itulah, surat ini dihantarkan. Al-kisah.

Disingkatkan cerita, saya dah jatuh hati dengan awak.

Tapi, biarlah setakat ini saja yang awak perlu tahu. Tak sampai masanya lagi untuk awak tahu siapa diri saya. Biarlah rahsia gitu. Cuma, keep on smiling.

Sebab senyuman awak tu, walaupun saya tak tahu awak senyum pada siapa masa jalan kaki ke sekolah…senyuman itulah yang memberikan saya semangat untuk pergi ke sekolah juga setiap hari dan belajar sungguh-sungguh. Nanti dah berjaya, nak masuk minang awak!

Baiklah. Itu saja untuk kali ini. Mungkin di lain surat, kita jumpa lagi?

Wassalam.

Yang bebenor,

Encik Sederhana.”

“Begitulah isi suratnya. Fuiyyo. Encik Sederhana mahu mengurat Puteri Aira!”

Lis ketawa terkekeh sambil menyerahkan kembali surat pada rakannya. Biar dia sendiri baca kalau tak percaya. Aira cepat-cepat membacanya sekali imbas. Kemudian, tergelak sama.

“Seram weh. Aku ada stalker! Kang perogol bersiri mampus aku.”

Aira menyatakan sedikit kebimbangan.

“Jangan risau. Nampak sangat dia juga masih bersekolah macam kita. So, don’t worry. Tengok tulisan tu nampak sangat ikhlas. Tulisan pun kemas cantik. Macam budak skema pun ada. Tulisan macam perempuan. Biar sajalah dia nak minat. Janji, dia tak kacau lebih-lebih. Kalau dia nak buat benda jahat, dah lama dia boleh buat. Tapi, dia bagi surat. Aku rasa dia masih lelaki yang ada respek pada privasi seorang perempuan. Pemalu kot. Sebab itu tak berani berdepan dengan kau face-to-face secara gentleman.”

Lis bersuara sambil menyedut air minuman di tangannya.

“Aku risaulah.” Aira berkerut kening.

“Eh, jangan risau. Aku kan ada. Siapa nak buat jahat dekat kau, aku tumbuk dia cukup-cukup. Kau pun tahu aku pengamal silat gayung peringkat negeri beb! Siap lah kalau cari pasal dengan sahabat baik aku ni!”

Lis buat gaya bersilat depan Aira. Genggam penumbuknya.

Aira tersenyum. Sambil sisipkan surat itu ke dalam begnya.

“Aku ingat kau nak buang surat tu. Simpan pula.” Lis mengusik.

“Hee. Buat kenang-kenangan ada peminat zaman sekolah.” Aira tersenyum simpul. Pipinya mulai kemerahan bila terasa malu.

“Kau tu dah banyak peminat dekat sekolah. Nak buat koleksi ke apa?” Lis mengusik lagi.

“Taklah. Nak rekemenkan dekat ayah aku untuk jadi waiter kedai ais kacang dia. Hee.” Aira tergelak. Lis pun ketawa sama.

Dua sahabat itu kembali meneruskan perjalanan balik ke rumah. Sampai di stesen bas berdekatan, mereka berpisah. Lis ambil bas untuk balik ke rumahnya. Aira pula berjalan kaki lagi 10 minit sebelum sampai ke rumahnya.

Sejak tingkatan satu lagi mereka jadi sahabat baik. Susah senang, berdua. Pergi ke mana-mana, berdua. Kepala gila-gila pun berdua. Kena denda dengan cikgu pun, berdua. Ke tandas pun berdua. Karekter keduanya berbeza, tapi hati bersambung nak ke Syurga sama-sama.

**

Aira lalu di depan gerai milik ayahnya. Ada ramai customer. Biasalah tengah-tengah panas terik macam ni, ais kacang special ramuan rahsia ayahnya pasti jadi tumpuan untuk basahkan tekak, untuk lepak-lepak santai.

Tak banyak menu disediakan di gerai ayahnya. Selain ais kacang special, ada mee rebus, bihun rebus, dan bubur nasi special. Makin kurang menu, makin mudah nak disediakan dengan cepat. Andai buat masakan panas, pasti tak menang tangan nak dilayannya. Mana nak kisar ais lagi, mana nak menggoreng lagi. Kalau mee, bihun, dan nasi tu, hanya perlu sediakan sup lazat yang panas-panas. Bersihkan saja mee dan bihun, rebus siap-siap. Kemudian, toskan dan curahkan saja sup panas ke atasnya dalam mangkuk besar. Pecahkan telur sebiji di dalamnya. Siap. Namun, ayahnya pandai menggunakan kepandaian memasaknya. Buat perencah sendiri tanpa letakkan bahan pengawet, Ajinomoto. Ramuan asli turun-temurun. Makanan sedap, dan tidak memudaratkan perut pelanggannya.

Aira melihat ayahnya dari kejauhan.

Nampak peluh menitik dari sisi dahi ayahnya. Keringat tua. Kedutan di wajahnya semakin jelas kelihatan. Umur menghampiri awal 60-an. Tidak lagi secergas seperti zaman mudanya.

Namun, ayahnya nampak gembira. Gembira seperti biasa melayan karenah para pelanggan yang datang. Mulutnya juga tidak diam. Sambil serve, sambil berborak-borak dengan orang yang datang. Ramai pelajar yang singgah sebab harganya yang murah. Tak kurang juga orang dewasa.

Sekurang-kurangnya, ayahnya temui kerjaya idaman hati. Biarlah tidak segah karier CEO di pejabat, pengarah di jabatan, pensyarah di universiti. Asalkan kerjanya halal. Sumber rezekinya halal. Tidak syubhah. Tidak bercampur dengan yang haram. Biarlah pendapatannya sedikit. Tetapi, yang sedikit itulah yang bakal masuk ke dalam perut anak-anak. Menjadi darah daging yang membawa ke akhirat kelak. Buat apa duit beribu, berjuta. Tetapi, yang haram tidak disisihkan. Tiada bangga pada rumah kediaman mewah. Tiada kagum pada kenderaan berharga beratus ribu. Bukankah bila nafas tercabut mati, semua itu tidak dibawa bersama ke dalam liang lahad nanti?

Aira tersenyum dari jauh.

Segera dia menuju ke rumahnya di belakang gerai. Rumah kecil saja. Atap berzink. Dindingnya sebahagiannya kayu, sebahagiannya batu. Ruang bilik juga tidak besar. Jika dibezakan dengan rumah banglo orang biasa, bilik yang ada dalam rumah mereka itu diibaratkan bilik stor sahaja. Namun, cukuplah bagi Aira. Itu sudah cukup besar rahmat.

Teringat kata-kata ayahnya dulu.

“Rumah besar, bilik banyak. Makin jauh jarak antara penghuni di dalamnya. Ayah dan ibu tidak tahu apa yang anak-anak buat dalam bilik masing-masing yang berkunci. Anak balik rumah, masuk bilik sendiri. Malahan, tidak mahu diganggu. Ayah dan ibu juga begitu. Masing-masing keluar bila nak makan. Ruang tamu ada televisyen canggih skrin nipis sampai 60 inci lebar, tapi ditonton seorang diri. Susah sungguh nak berkumpul sekali. Berkumpul bila hari raya saja. Berkumpul bila nak tengok bola saja.

Kadang-kadang terasa, betulkah itu rumah yang ada keluarga? Rumah besar, dalam sunyi sepi. Pagar tinggi, macam bina sebuah penjara untuk keluarga sendiri. Penjara mewah. Berkomunikasi cuma bila perlu. Bercakap bila lapang. Nak berbicara pun macam kena buat appointment dulu?

Kita patut syukur. Rumah kecil kita ini, tak selesa untuk terkurung dalam bilik sempit. Jadi, semua ke ruang tamu. Berbual, bergurau, bercerita segala apa yang berlaku setiap hari. Happening. Ayah dapat tengok anak-anak ayah depan mata. Bila ada yang sedih, ahli keluarga ceriakan. Bila ada benda buruk berlaku, ahli keluarga tahu dulu. Sama-sama lalui, hati bersatu. Jadi, biarlah rumah ini kecil. Janji hati sesama kita lapang. Luas. Nak beribadah pun lebih tenang. Nak solat jemaah sama-sama pun lebih senang.

Memang kemiskinan boleh bawa kepada kekufuran. Tapi, kita bukan teramat miskin. Kita ada gerai sendiri. Kita ada perusahaan sendiri. Kita masih lagi tidak di peringkat meminta-minta. Keperluan kita masih Allah cukupkan. Makan pakai masih mampu. Ayah masih ada untuk bela nasib kita sekeluarga.

Biarlah kita tiada apa. Asalkan kita terus bersama. Ayah nak bawa keluarga kita ini ke Syurga. Tak mahu semata kaya raya di dunia, tetapi di akhirat kelak sebatang kara papa kedana.”

Aira tersenyum sendiri.

Ayahnya itu tidak tinggi pendidikan agamanya. Tapi, alhamdulillah. Hidupnya beragama. Cinta kepada agama. Dengan kecintaan inilah, dia membesarkan anak-anaknya tanpa isteri tersayang di sisinya. Isteri pertamanya adalah agamanya.

Ayah yang tabah.

**

Aira turun ke gerai ayahnya.

Berpakaian kasual seperti biasa. Shirt lengan panjang, tudung bawal dan seluar jeans longgar. Mengenakan apron yang ada trademark kedai ayahnya, “Ais Kacang Best!”

“Tak nak rehat dulu ke?”

Ayahnya menyapa lembut. Sambil rebus mee.

“Malam nanti sajalah. Lagipun tidur lepas Asar tak elok, kan?”

Aira membalas senyuman ayahnya. Tuturnya lembut.

“Nanti nak study lagi, kan?”

Ayahnya jeling tengok Aira.

“Ala ayah ni. Aira nak temankan ayah berbisnes, takut ayah sunyi jual sorang-sorang. Nanti sunyi sangat bertukar nama pula ais kacang tu jadi Ais Kacang Sepi. Hee.”

Aira cebik bibir bergurau dengan ayahnya.

Ayahnya tersenyum saja. Membiarkan saja anaknya nak bantu juga. Dia tahu anaknya itu penat. Tapi, dia gembira kalau anaknya ada di sisinya berjual-beli.

“Ha, ada pelanggan nak order tu. Cepat.”

“Baik, boss!”

Aira segera melangkah ke meja depan. Ada beberapa meja batu berpayung disediakan di gerai tersebut.

Ada seorang pemuda sedang menanti. Aira datang mendekati.

“Abang nak pesan apa?”

Aira menanti dengan pen dan sticker note di tangan. Sticker tu nanti senang dicabut dan tampal saja di board senarai pelanggan dengan nombor mejanya sekali. Dia tulis besar-besar. Senang ayahnya nampak. Ayahnya dahlah semakin rabun akhir-akhir ini. Mata orang tua.

Pemuda di hadapannya itu kelu. Terdiam tak ucap apa-apa.

Hanya merenung gadis di hadapannya itu tidak berkelip.

“Eh, cik abang ni nak order ke tak nak?” Aira meninggikan sedikit suara supaya lelaki di depannya itu perasan kehadirannya.

Lelaki 20-an itu tiba-tiba tersentak. Macam baru tersedar dari lamunan.

“Maaf. Maaf. Saya nak ais kacang special satu dan bubur nasi. Pun special juga.”

Aira segera mencatat pesanannya.

“Baiklah, cik abang tunggu sebentar ya. Dalam lima minit, siap.”

Lelaki itu mengangguk tanda faham. Aira cuba berlalu ke dapur. Tetapi, dipanggil semula lelaki itu.

“Sekejap.”

Aira berpaling.

“Ya, nak tambah pesanan ke?”

Lelaki itu sedikit gugup.

“Tak. Awak ni pekerja baru di sini ke? Sebelum ni, tak pernah nampak pun.”

Aira pelik dengan persoalan abang tu. Namun, segera dijawab dengan sopan.

“Yup. Baru saja diterima bekerja di sini. Part-time job. Bukan senang tahu nak dapat kerja di sini. Resume mesti mantap. Okay, saya masuk ke dalam dulu.”

Aira ketawa sendiri di belakang lelaki itu. Dia tak tahu yang dia anak tauke kedai. Sengaja dia berseloroh. Geli hati sendiri. Dia terus pergi meninggalkan lelaki tersebut. Buat kerjanya. Tolong cuci gelas dan mangkuk dalam sinki. Dah bertimbun rupanya. Memang ayahnya tak sempat nak buat semua kerja dalam satu masa. Kasihan. Getus hati kecilnya.

Lelaki tadi tersenyum-senyum sendiri. Tapi, terkulat-kulat juga dia fikir. Takkanlah nak kerja di gerai pun perlukan resume bagai. Dah macam temuduga jawatan kerajaan.

Sebenarnya, dia terpegun tengok kejernihan wajah Aira pada saat pandangan pertama. Wajahnya putih bersih. Pipi sedikit kemerahan. Eh, cantiklah. Memanglah mukanya nampak macam orang kampung sedikit sebab tidak bermekap, tidak berpakaian up-to-date. Tapi, bagi lelaki itu natural is better. Aduh. Dalam hatinya berbisik,

“Nak kahwin dengan gadis ni lah!”

Aira keluar dengan pesanan yang telah siap. Hidangkan pada lelaki tadi.

“Awak, nama siapa?” Lelaki itu bersuara saat Aira letakkan mangkuk ais kacang.

Aira mengerling.

“Sah, mamat ni nak ngurat aku.”

“Maafkan saya, tuan kedai ni kata, kalau saya beritahu nama saya kepada mana-mana pelanggan, pangkat saya akan diturunkan serta-merta jadi pencuci pinggan mangkuk sahaja. Pangkat cleaner di dapur saja. Habislah gaji saya nanti.”

Aira menjawab malas.

“Kalau macam tu, awak beritahu saja nama awak dan seluruh profile awak. Biar tuan kedai berhentikan awak kerja. Saya boleh bagi awak kerja baru yang lagi best!”

“Kerja apa yang best sangat tu?”

“Kerja jadi housewife saya.”

Aira naik fed-up.

Housewife pun sama macam cleaner juga. Kena kerja di dapur. Lagi teruk, kena cuci bilik air, tandas, dapur. Cuci rumah, cuci kereta. Jaga anak, basuh berak anak. Haih. Terima kasih sajalah. Saya suka kerja di sini. Nak menuntut ilmu ais kacang peringkat tertinggi dulu sampai dapat Ph.D dalam bidang ais kacang-mengacang special.”

Lelaki itu tergamam dengar jawapan Aira.

“Kalau macam tu, saya jadi housewife. Awak jadi boss di rumah. Biar saya saja buat semua kerja rumah. Boleh tak?”

Aira memerhatikan lelaki itu. Bisik hatinya,

“Desperado mamat ni.”

“Saya nak lelaki yang boleh memimpin. Bukan lelaki yang merendahkan statusnya sebagai seorang suami. Memang kerja-kerja berat dalam rumah dan luar rumah adalah kerja suami pun. Tapi, tak perlulah sampai nak buat semua kerja yang isteri pun boleh buatkan.

Lelaki perlu letak agamanya mengatasi isteri. Letak agama nombor satu, isteri letak nombor dua. Tapi, kalau mengagungkan isteri sampai sanggup buat apa saja demi isteri, itu maknanya meletakkan isteri nombor satu. Isteri tetap tak boleh jadi bos selama-lamanya. Suamilah patut jadi bos kepada isteri dan keluarganya.

Bila seseorang itu sebut Allahuakbar dalam laungan azan, iqamatnya dan dalam apa saja perkataannya, itu bermakna tiada lagi yang lebih agung melainkan Allah Yang Maha Besar dan Maha Agung. Bererti, semua selain-Nya tidak layak diangkat hormatnya setinggi langit.

Itu konsep suami yang saya fahami dalam agama.

So, dengan jawapan saya ini juga membuktikan saya tak layak jadi isteri awak. Awak lebih layak dapat yang lebih baik.

One more, kerja saya ni sangat best sebenarnya. Why saya nak berhenti?”

Aira menghabiskan kata seraya mahu beredar. Namun, ditahan sang jejaka.

“Awak ni kerja ustazah juga ke? Tengok pakaian awak ni, tak macam ustazah pun. Tak tudung labuh pun.”

Aira menjeling tajam.

“Tidak. Saya bukan ustazah. Namun, semua wanita yang sentiasa berkata-kata tentang kebenaran adalah ustazah sebenarnya. Jangan nilai seseorang dari pakaiannya.

Erti ustazah bukan hanya setakat pada tudung labuhnya. Bukan kerana jubah labuhnya. Bukankah ustazah itu seseorang yang mengajarkan ilmu yang baik?

Setiap ibu di dunia ini yang mengajarkan agama dan mendidik anak-anaknya dengan baik, adalah ustazah.

Dahlah. Full-stop.”

Aira terus berpaling dan berlalu pergi dari situ. Beredar ke pelanggan lain pula yang nak order. Namun, sempat gadis itu tinggalkan pesanan akhir.

“Selamat menjamu selera. Sedap tu. Jangan bazirkan atau tak selera pula lepas kena ceramah oleh ‘ustazah’ ni.”

 

Lelaki itu menggigit jari mendengar jawapan Aira.

Penolakan depan-depan. Terang-terang. Malunya tidak terkata. Dia dah tersalah langkah. Dah tersilap bicara.

Ayah Aira cuma memerhati dari dalam kedai telatah anaknya. Memang dia kenal anaknya itu seorang yang terus-terang. Petah berbicara. Nampak saja lembut, tetapi sebenarnya sangat tegas. Berprinsip.

Pemuda tadi makan perlahan-lahan. Yang peliknya, dia tak sedih pun dengan jawapan gadis itu. Malahan, dia gembira. Nampak dia tersenyum sendirian. Dia tak sangka, ada gadis seperti ini wujud dalam dunia akhir zaman. Biasanya, para gadis yang berbicara dengannya semuanya lemah-lembut, cepat cair. Mana taknya, parasnya kacak. Pakaiannya segak. Sekali pandang, pasti nak pandang lagi.

Namun, tak sangka. Semua aset yang dimilikinya itu, nampak langsung tidak memberikan kesan gugat pada gadis yang disangkanya bekerja sebagai pelayan di gerai makan ais kacang.

Dia tak tahu.

Sebenarnya, kekacakan seseorang langsung tidak bermakna apa-apa pun pada Aira.

Cuma sekadar sedap mata memandang. Tidak lebih dari itu.

Sedap mata memandang, tidak pernah kesedapan itu membawa sampai ke Syurga pun.

**

Malam semakin dingin.

Aira masih lagi belum mampu melelapkan matanya.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi.

Dia bangun bersandar di kepala katilnya. Entah kenapa hatinya terasa tidak sedap.

Lepas Isyak tadi, Lis ada hantarkan mesej kepadanya. Katanya, dia sedikit risau. Risau tentang pelajar-pelajar baru itu. Lis tahu daripada seorang guru, mereka ditukarkan ke sekolah atas sebab-sebab yang dirahsiakan. Mungkin ada kesalahan besar dilakukan. Mungkin atas kes juvana disiplin. Namun, yang pasti. Mereka ini adalah anak-anak orang kaya. Hayati sendiri adalah anak Dato’. Kawan-kawannya yang lain anak usahawan-usahawan terkenal tempatan. Dengan kuasa wang, status yang mereka ada, kita tak dapat jangka apa yang mereka mampu buat.

“Aku risau kalau mereka buat apa-apa pada kau sebagaimana mereka warning kau siang tadi. Itu saja.”

Aira membaca mesej Lis. Dibalas ringkas.

“Jangan risau. Kita bukan di pihak yang salah. Biarlah mereka buat apa yang mereka nak buat. Apa nak takut?”

Lis balas balik.

“Sebab kau kawan baik aku, sebab itu aku takut. Takut kau disakiti. Takut kau dicederakan. Aku tak takut mereka tu pun.”

Aira tersenyum membaca mesej kawannya itu.

“Kau memang sahabat dunia akhirat, Lis.”

Aira termenung seketika. Dah setengah jam dia termenung sendiri. Macam-macam yang difikirkannya.

Dicapainya surat yang diterimanya siang tadi. Dibacanya sekali lagi. Isi surat tu sedikit melegakan hatinya. Walaupun dia tak kenal siapa tuan empunya surat.

“Encik Sederhana ni siapalah agak-agaknya ya. Mesti orangnya tak hensem ni. Sebab kalau hensem, dah lama dia terjah macam lelaki petang tadi.”

“Tapi, aku bukannya suka pun lelaki hensem. Harap-harap orangnya bukan orang jahatlah. Kalau tak, akan aku terajangnya bertubi-tubi. Lepas tu, tarik telinga dia naik menara KLCC, lepas tu tumbuk dia terpelanting ke tanah. Berkecai. Baru dia kenal siapa Tuan Puteri Aira. Hemoh hemoh hemoh.”

Tak disedarinya, bantalnya ditumbuk-tumbuk geram. Berdiri dalam biliknya sambil menendang-nendang bantalnya itu pula.

Pening ke apa gadis ni?

**

Encik Sederhana terbatuk-batuk sendiri masa tengah tidur. Terjaga seketika.

“Ni siapa pula mengumpat ni? Adoi. Ngumpatlah pagi esok. Malam-malam ni I nak tidur, okay.”

Dia menarik selimutnya dengan menggunakan teknik libasan kaki untuk menutup seluruh badannya.

Tidur balik.

**

“Tak tidur lagi?”

Ayah Aira mengetuk pintu bilik anaknya itu setelah dilihatnya lampu bilik masih lagi terpasang. Dah hampir 2 pagi.

Aira membuka pintu bilik.

“Belum. Tak dapat tidur.”

“Kenapa? Ada lipas terbang ke?”

“Eh, orang tak takutlah setakat lipas terbang.”

“Habis tu? Anak ayah ada masalah ya?”

Aira menatap mata ayahnya. Kemudian, tersenyum.

“Tak ada masalah pun. Risau sedikit. Ya lah, tahun ni kan nak exam besar.”

Ayahnya membelai kepala anaknya itu.

“Jangan risau, ya. Bila hati tak tenang, jiwa kacau. Zikrullah…”

Aira mencelah.

“Berzikir ke? Malasnya nak berzikir..”

Ayahnya cuma tersenyum.

“Janganlah malas. Orang malas tak masuk Syurga tahu. Zikrullah ni bukannya setakat definisi zikir semata-mata. Zikrullah maknanya ingat Allah. Misalnya, tengok ke langit, ingat Allah. Pujilah Allah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Sebutlah pujian apa saja yang layak bagi Allah.

Ingat dekat SPM sekalipun, ingatlah pada Allah. Mana mungkin SPM itu mampu diduduki sekiranya tanpa bantuan penuh daripada Allah, kan? Usaha itu perlu, tawakkal juga perlu. Manusia dan Allah tidak berpisah. Urusan dunia dengan akhirat juga tidak pernah tak bersatu. Ingat pada peperiksaan dunia, ingatlah sama peperiksaan di akhirat. Bila tengok cikgu menyoal pelajar di dalam kelas, ingatlah Allah jua akan menyoal-siasat hamba-Nya di akhirat kelak. Bila berjalan ke sekolah, ingatlah suatu hari juga kita akan berjalan meniti titian sirat Allah yang halusnya tidak nampak dengan mata kasar, bak rambut dibelah tujuh itu. Bila lihat penjual air di kaki lima berjual-beli, ingatlah di akhirat tiada guna satu sen pun wang dunia melainkan mata wang pahala yang dulunya tiada nilai di dunia.

Dengan mengingati Allah begitu, hati jadi tenang.

Sekiranya ada masalah menimpa, ingatlah masalah di dunia ini hanya sebesar kuman sahaja dibandingkan dengan masalah di akhirat kelak. Pohon pada Allah agar sentiasa lapangkan sekiranya ada kesempitan. Itulah yang Nabi s.a.w. buat dan doa. Mohon dilapangkan dada.

Ramai orang yang punya segala di dunia, tetapi masih berasa sempit. Rasa ketat dalam hati. Rasa tak boleh bernafas. Gelisah. Ini kerana mereka tidak sambungkan talian dengan Allah. Padahal, masalah-masalah di dunia ini semuanya adalah ujian dari Allah. Dia buat kita rasa sempit, supaya kita minta dengan Dia untuk luaskan kembali. Dia suka hamba-Nya meminta dengan diri-Nya. Bukan meminta-minta dengan manusia lain.

Allah itu suka pada manusia yang datang kepada-Nya berkali-kali. Suka hamba jumpa-Nya di setiap waktu dan ketika. Suka pada manusia yang tak boleh berenggang sedikit pun dengan Dia.”

Ayah yang berkedut seribu itu menuturkan kata perlahan-lahan. Agar mudah ditangkap dan difahami anak gadisnya yang seorang itu.

Aira mendengarnya penuh minat.

Setiap kata dari ayahnya, semua disimpan rapi dalam fikiran.

Yang lebih mahal, disematkan ke dalam hati.

Bukan hanya untuk hari ini. Tapi, untuk selama-lamanya.

Sebab dia tahu. Dia faham.

Ayahnya itu sudah tua. Sudah di hujung usia.

Bila-bila masa Allah ambil semula darinya.

Hati Aira terasa lapang kembali. Tadi terasa sesak.

Bila lihat pada ayahanda sendiri, mengingatkannya kepada Ilahi.

Itu juga sebahagian zikrullah.

Itu pada pandangannya.

Setiap ayah adalah anugerah. Tuhan yang berikan kepada manusia sebagai hadiah.

**

Pagi menjelma lagi.

Aira sampai awal di sekolahnya.

Lis menanti di pintu kelas dengan muka sedikit cuak.

Menarik tangan Aira dengan segera ke dalam kelas. Ke tempat duduknya. Masih tak ramai ahli kelas sampai di sekolah masa tu.

“Ni, kau tengok ni.”

Aira melihat ke atas meja tulisnya. Tertera perkataan carutan di mejanya.

Ditulis besar-besar dengan liquid paper,

“BEWARE! STUPID!”

Aira dan Lis saling berpandangan. Lis menggenggam penumbuknya.

Seketika, empat pelajar baru tiba di muka pintu kelas.

Enam pasang mata bertembung.

Dingin pagi. Bertukar hangat.

 


Hakcipta Terpelihara Rusydee Artz ® 2014

Fiksyen “Aku Bukan Ustazah” ini adalah hak milik Muhammad Rusydi.
Tidak dibenarkan menyalinnya kembali dalam apa jua bentuk sekalipun dan ke mana-mana tempat sekalipun tanpa izin dari penulis.

Advertisements

50 thoughts on ““Aku Bukan Ustazah” – Episod 3

  1. Santai dan penuh pengisian.. Suka watak ustazah raihanah.. Teringat ustazah sirah time sekolah rendah, ustazah mazrianah… Hushhh… Sama!!! Best.. Tunggu buku 3T sambil layan A.B.U… :3 jzkk en rusydi. 🙂

    Like

  2. Memang masuk lah cerita dia.. Kalau tak, terimalah sepitan ‘ketam’ berbisa pakej pusingan 360°.. Memang terangkat.. Tengok orang kena pun terasa sakitnya..haha.. Ok.. Terimbau kenangan lama.. Dah tua rasanya.. Btw, all the best en rusydi 🙂 may Allah ease everything..

    Like

  3. wah… bila baca rasa mcm watak aira tu diri say pulak.. hehe… btw, kalau dah diterbitkan dlm bentuk buku nanti.. confirm saya nak beli!!!

    Like

  4. admin…
    boleh x saya print novel ni ke dalam kertas untuk sebarkan kepada rakan2 tanpa mengambil sebarang upah atau keuntungan.

    #Harap diizinkan

    Like

  5. ayat ‘saya bukan ustazah’,,pernah saya ungkapkan tapi tukar saya ke aku..
    sebab saya membebel pasal solat dan aurat..semasa memegang jawatan exco kerohanian

    Like

  6. THORBAIKKKK!!! 😀 suka apa yg Aira jawab kat Incek Sederhana tu. erm.. tapi harap2 incek Sederhana bukan Abang Jaga. huhu. :-O peliknya encik Sederhana? pakai segak2 tapi makan at gerai ais kacang. musykil nih!! haha memang betul2 sederhana 😀

    Like

  7. ‘Setiap ayah adalah anugerah. Tuhan yang berikan kepada manusia sebagai hadiah’

    SubhanaLlah… Part Ayah yg sgt banyak… 1000 Like ah utk part nie!!!!! 🙂 🙂 🙂 🙂 🙂 🙂 🙂 🙂

    Caiyok Incik Syabab! 😉

    Like

  8. suka baca ‘Aku bukan ustazah’ bukan tidak pernah bercinta.. juga bukan mahu ke neraka… tagline yang deep sangat…
    tak sabar nak tunggu episod 4…
    good story.. high impact…keep it up !!

    Like

  9. Cerita mmg best… walau pun tak dapat baca on9 sll nnti… sbb kepadatan masa yg tersisa utk dikualitikan… Insya Allah, saya rasa gembira klo dapat cerita ni dinovelkan… baca saja cerita ni, dah agak ni karya encik SMK…tak sabar nak tahu next episod..
    Semoga Allah kurniakan akhi Muhammad Rusydi ilham menambat hati umat ini pada agamaNya..
    Barakallahu fik ya akhi Muhammad Rusydi…
    Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala ali sayyidina Muhammad kama solai ta’ala sayyidina Ibrahim wa ‘ala sayyidina Ibrahim, wabarik ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala ali sayyidina Muhammad kama barak ta’ala sayyidina Ibrahim wa ‘ala sayyidina Ibrahim fil ‘alamin na-innaka hamidun majid….Amin Ya Allah..Amin… (^_^)

    Like

      • Ye cik Jeela… Alhamdulillah..awak ni patut jadi sahabat saya ni… ^_^ dengar ke, tgk ke, baca ke, walau dari jauh saja dah kenal, dah terasa itu si fulan/si fulanah…tu ciri2 sahabat baik…semoga Allah izinkan suatu hari nnti kita bersahabat benar2an..sbb saya tak sll o9.. ^_^ Barakallahu fik ya Jeela.. Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala ali sayyidina Muhammad … Amin Ya Allah..Amin..

        Like

  10. menunggu episod 4..
    memang saya suka cerita macam ni. Remaja pun mesti suka. Sambil baca..ada ilmu, boleh belajar. Kalau ada jual..saya nak beli. Teruskan…

    Like

  11. Alhamdulillah ,. Dh selesai semua yg trbaru . Em , makin hangat nmpknya . Penulisan pun makin baik . Menarik . Ayat tak meleret leret .
    Watak2 pun cun sgt dah .
    Lastly , continue menulis . Klu tak , buat buku terus .
    Harapnya , paling lambat pun , next yr org nmpk novel2 rusydee tersusun penuh atas satu rak buku . 4 judul . Hehe bestseller .

    Ikhlas ni.

    Like

  12. Sahabat dunia akhirat.
    Hidup bersederhana.
    Sentiasa mengingati Ilahi.

    :’)

    *Mohon halal your quotes I’ve copied. Hanya beberapa saja, sbg bahan bcaan waktu kelekaan. Jazakallah

    Like

  13. Kena tunggu lepas raya kan sambungan ni? Erm, takpe. Yang penting nanti smk dapat wat cetakan 2 novel ni. Nak beli 3T & ABU. Tak kira la smk dapat buat ke tak. Usahakan ya ^^ Ramai permintaan.

    Like

  14. Assalamualaikum Inche Syabab. Sorry saya nk mintak kebenaran copy kata2 smngt dlm novel ni pastu tampal kat bilik. Jgn risau. Nama Incek Syabab tetap ada. Boleh kan mcm tu?

    Selamat Hari Raya.

    Like

  15. knp cm tejatuh cinte lak dgn karya ang ni abg rusydi?
    ha?
    syukran sgt2,wlupun cite bdk2 skolah,tp kite yg umoq 28 ni pom rase cm sweet17.hik2..
    sy sukaaaaa ❤

    Like

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s