“Aku Bukan Ustazah” – Episod 5

Aku Bukan Ustazah

Episod 5

Karya: Muhammad Rusydi

Hayati melayangkan penumbuknya. Padu ke arah Lis.

Lis berjaya mengelak. Tidak mahu lagi terkena pukulan kedua setelah ditampar balas pagi tadi. Disikunya Hayati. Tepat. Terkesamping ke penjuru meja. Geng Hayati tidak tunggu lama, terus menerkam Lis.

Lis kaget diserbu tiga minah dalam satu masa. Aira menerpa salah seorangnya. Berguling-guling di atas lantai simen. Kotor habis tudung putihnya. Tak dipedulikan lagi. Aira menerima tamparan demi tamparan di mukanya. Dibalas kembali dengan hempukan demi hempukan.

Kelas jadi haru-biru kejap. Bising. Ada yang bertempik. Ada yang bertepuk tangan melaga-lagakan lagi. Ada yang bersorak. Ada yang suruh berhenti bergaduh. Ada juga yang dah start menangis. Perempuan.

Hayati bangun kali ni. Dengan penyapu di tangannya. Menyerbu Lis. Aira sempat mengerling ke arah Hayati, pantas dibentesnya minah itu sampai tersungkur. Lis tidak melepaskan peluang terus menumbuk Hayati dengan tumbukan padu.

“Rasakan!”

Teruskan membaca

Advertisements

“Aku Bukan Ustazah” – Episod 4

Aku Bukan Ustazah

Episod 4

Karya: Muhammad Rusydi

Enam pasang mata bertemu. Enam pasang kasut bertapak di lantai kelas.

Aira memandang selamba Hayati dan kawan-kawannya.

Lis menggenggam buku limanya kemas-kemas. Bersedia segala kemungkinan.

Hayati menyeringai menampakkan gigi taringnya yang pendek.

“Kau dua orang dah kenapa? Macam tak puas hati saja?”

Lis ke depan sedikit berdepan si Hayati. Hayati lebih kurang saja tinggi dengannya. Lebih kurang 164 cm ke atas. Dia agak saja. Sedikit cuak. Namun, demi sahabat tiba-tiba dia rasa seakan ada aura merasuk jiwanya supaya menjadi benteng pertahanan kepada Aira.

“Kau tak payahlah pura-pura tak tahu.”

Lis mendengus garang.

Hayati dan geng tergelak ramai-ramai.

“Oh, meja mangkuk tu ke? Kenapa? Apa salah ke aku conteng sikit? Tu meja bapak kau ke?”

Hayati berpeluk tubuh depan dua gadis itu. Dia merasakan dirinya sangat gah. Lagi hebat dari dua gadis kampung di hadapannya itu. Ini anak Dato’ la. Kalau setakat bantai seorang dua pelajar, tak ada masalah pun. Dato’ keluarkan saja duit sumbangan untuk sekolah beribu-ribu atau berpuluh ribu, terdiam teruslah pengetua sekolah. Kes terus tutup. Sekadar diberikan peringatan dan kaunseling, itu cuma makanan harianlah. Tak tercalar sedikit pun maruahnya. Tak goyang sikit pun. Lagipun, rekod akademiknya cemerlang. Pihak sekolah pasti tidak sanggup melepaskan bintang sekolah. Tanpa bintang-bintang baru ini, nama sekolah tak harum di persada. Tak naik rating kecemerlangannya. Tak bersiullah nama sang pengetua sekolahnya.

Dua minah di depannya itu bukan lawan. Cuma sampah picisan.

“Memang bukan meja bapak aku. Tapi, meja bapak kau ke?”

Hayati tergelak lagi.

Teruskan membaca

“Aku Bukan Ustazah” – Episod 3

Aku Bukan Ustazah

Episod 3

Karya: Muhammad Rusydi

“Akak, ada surat untuk akak.”

Seorang budak perempuan kecil dalam lingkungan 7 tahun, menyerahkan secebis surat misteri kepada Aira.

Aira terkebil-kebil sendiri. Dia dalam perjalanan balik ke rumahnya.

“Siapa bagi ni, dik?”

“Tak tahu. Dia suruh saya bagi dekat akak. Dia cakap jangan beritahu akak dia tu siapa.”

Budak tu terus berlari pergi dari Aira.

Aira tak sempat nak menahannya untuk bertanyakan lebih lanjut.

Lis yang berada di sebelah Aira tersenyum simpul. Sama-sama berjalan kaki pulang ke rumah.

“Wah, ada peminat misteri rupanya Cik Aira kita ni.”

Aira memuncungkan mulutnya. Seraya mengomel sendiri.

“Haish, ada lagi ya zaman-zaman utus surat ni. Ingat kan zaman pakcik-pakcik makcik-makcik tahun 90’an. Zaman kumpulan jiwang karat Spoon, Stings, Screen, dan berapa banyak ‘S’ lagi daaa..”

Lis mencuit pinggang Aira. Terenjat sekejap minah tu.

“Cepatlah buka. Nak tengok apa isi dalamnya. Confirm surat cinta ni.” Lis tergelak dalam ingin tahu.

Teruskan membaca

“Aku Bukan Ustazah” – Episod 2

Aku Bukan Ustazah

Episod 2

Karya: Muhammad Rusydi

“Alhamdulillah.”

Aira menggosok-gosok perutnya. Sejak pagi tadi lagi perutnya berkeroncong minta diisi. Fuh. Lega sangat-sangat dapat isi perut dengan nasi berlauk ayam goreng di kantin. Nasib baik harganya berpatutan tak sampai tiga ringgit. Kalau tak, laparlah jawabnya.

“Lepas ni, kelas apa Lis?”

Aira berpaling menghadap kawan karibnya di sekolah. Gadis tinggi lampai. Berkulit kuning langsat. Dia pun baru menghabiskan juadah di depannya.

“Tak silap aku. Matematik. Dua masa.”

Terbayang di minda dan mata Aira guru subjek Matematik. Guru perempuan yang tidak cukup inci tingginya. Kenit sahaja. Namun, penuh ilmu hisab di dada. Namun, pengajarannya agak mendatar. Amboi. Komen macam juri berbayar pula. Aira kurang berminat dengan subjek itu. Tapi, nak tak nak. Kena hadam juga. Kena pasrah juga. Maklumlah subjek wajib SPM.

Tiba-tiba suasana kantin menjadi hingar-bingar.

Teruskan membaca

“Aku Bukan Ustazah” – Episod 1

Aku Bukan Ustazah

Episod 1

Karya: Muhammad Rusydi

Aira menyepetkan sedikit matanya.

Matahari yang semakin meninggi bikin matanya silau. Itu juga satu petanda buat dirinya.

“Ini tandanya, aku dah lewat! Alamak!”

Aira mempercepatkan langkahnya ke sekolah. Jam tangan yang dipakai di sebelah tangan kanannya menunjukkan detik pukul 7.39 pagi. Kenapa sebelah kanan? Dahulukan yang sebelah kanan itukan sunnah. Memang dah lewat. Kalau ikut waktu persekolahan, 7.40 pagi dah dimulakan pembelajaran kelas yang pertama.

“Habislah aku kali ini. Dahlah masa ustazah pot-pet yang garang macam nak makan orang saja tu!” Mulutnya terkumat-kamit berleter sendiri. Tak sedar, dia pun jenis pot-pet juga.

Langkahnya makin dilajukan. Masa-masa tu jugalah ada saja hal nak terjadi. Aira memberhentikan seketika langkah. Tali kasut pula tercabut. Cepat-cepat dibetulkannya. Simpul mati sajalah senang getus hatinya. Dalam hatinya turut sama berleter.

Teruskan membaca